Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFF B-19: Penyerang Wolfsburg dipanggil wakili negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

waseh-rania.jpg
Penyerang muda VFL Wolfsburg, Qaseh Rania Khairul Najib, tersenarai untuk mewakili skuad negara menghadapi Kejohanan AFF B-19 Wanita di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, pertengahan bulan depan.

Qaseh Rania, 15, mengikat kontrak tiga tahun dengan Wolfsburg pada February lalu selepas mencuri tumpuan sewaktu tempoh latihan selama lima minggu bersama kelab Bundesliga itu tahun lalu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat ke kejohanan itu dan Qaseh Rania antara yang tersenarai.

 

Advertisement

Must Watch Video