Kejohanan AFF B-19: Malaysia tidak gentar bertemu Vietnam -- Hassan Sazali

Muzaffar Musa
Julai 12, 2022 19:33 MYT
Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras, menegaskan bahawa anak buahnya tidak berasa gentar untuk bertemu Vietnam dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF B-19 di Bekasi petang esok.
Hassan Sazali percaya jika pemain negara dapat memberikan aksi terbaik, mereka mampu melunaskan misi untuk layak ke final buat kali keempat berturut-turut.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zaki Zainal, dia berkata: "Kami akan kembali mendapatkan kesebelasan utama terbaik.
"Saya tahu Vietnam mungkin boleh dianggap pasukan pilihan dalam kejohanan ini tetapi kami tidak menganggapnya sebagai satu halangan (untuk ke final).
"Insya-Allah, saya berkeyakinan penuh dengan barisan pemain yang ada dalam skuad ini.
"Daripada bedah siasat yang dilakukan pagi ini, pemain sudah kembali ke tahap keyakinan yang tinggi.
"Sudah pasti kami akan memburu kemenangan untuk layak ke perlawanan akhir," katanya.
#bola sepak #Hassan Sazali Waras #Kejohanan AFF B-19
;