Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan AFC: Skuad B-16 bina momentum di Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raja-azlan-shah-raja-so-ib.jpg
Pengendali skuad kedua B-16, Raja Azlan Shah Raja So'ib, menuntut pasukannya yang berlepas ke Miyazaki, Jepun, semalam membuktikan kemampuan dalam saingan Piala Jenesys jika mahu diserapkan dalam skuad utama bagi menghadapi psuingan akhir Kejohanan AFC B-16 di laman sendiri, September depan. 

Saingan Piala Jenesys membabitkan 10 pasukan B-16 negara-negara ASEAN dari 8 hingga 12 Mac ini. 

Turut bersaing ialah skuad kebangsaan Jepun B-16 dan kelab Miyazaki B-15. 

"Mereka jarang diberi peluang, inilah kesempatan untuk mereka bermain di Jepun. 

"Harapan saya, mereka bermain di tahap sebenar, tunjukkan cara permainan yang telah diajar dan kutip pengalaman untuk menghadapi Kejohanan AFC nanti," kata pengendali itu.

17 pemain yang dibawa ke Miyazaki itu terdiri daripada pasukan bimbingan Lim Teong Kim yang merupakan pemain generasi pertama pelan skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). 

Bagi ketua pasukan, Megat Syafique Syazwan, dia yakin skuad muda negara mampu bersaing di Miyazaki meskipun mereka bukanlah daripada skuad utama. 

"Ini kali pertama kali kami akan beraksi di Jepun, kami ingin mendapatkan rentak bagi menghadapi Kejohanan AFC di laman sendiri nanti. 

"Ini persiapan yang bagus untuk kami," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video