Skip to main content

Bola Sepak

Kejayaan yang sukar dipercayai -- Draxler

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

draxler-030717.jpg
Ketua pasukan Jerman, Julian Draxler, memuji skuad muda Jerman selepas mempamerkan aksi bersemangat untuk menewaskan Chile 1-0 bagi dinobatkan juara Piala Konfederasi 2017.

Gol tunggal daripada Lars Stindl memisahkan jurang di antara kedua-dua pasukan dalam aksi yang berlangsung di Stadium Krestovsky, St. Petersburg serta membuktikan skuad muda Joachim Low yang menerima kritikan sebelum ini bukan calang-calang pasukan.

Bagi Draxler, kejayaan itu merupakan satu kepuasan buat seluruh pasukan selepas mengharungi beberapa perlawanan getir, terutama ketika menentang Chile dalam kedua-dua peringkat kumpulan serta final.

“Sukar untuk dipercayai,” kata Draxler.

“Ia adalah satu cabaran dan jika anda melihat semula apa yang kami lalui ketika di peringkat awal kejohanan, segala-galanya memerlukan semangat tinggi dan kami berjaya mengatasi cabaran tersebut,” tambahnya.

Biarpun baru berusia 23 tahun, Draxler mengetuai cabaran Jerman dalam saingan di Russia dan dia turut menerima pengiktirafan apabila diberikan anugerah pemain terbaik kejohanan.

“Kami tidak pernah bermain dengan kesebelasan utama pada hari ini dan itu lebih membuatkan kejayaan ini sesuatu yang luar biasa.

“Akhirnya, kami boleh mula bercuti, malah membawa piala bersama kami," ujar Draxler.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video