Kejayaan Edinson Cavani di Manchester United bukanlah satu kejutan buat bekas pemain The Red Devils dan Uruguay, Diego Forlan.
Cavani menyerlah sejak menyertai United secara perpindahan percuma daripada pasukan gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), pada permulaan musim 2020-21 -- kecemerlangan pemain veteran itu turut menyaksikan dia ditawarkan lanjutan kontrak selama setahun.
Pemain berusia 34 tahun itu telah menjaringkan 16 gol daam kesemua kejohanan musim ini pada ketika United sedang bersedia untuk menghadapi Villarreal dalam final Liga Europa (UEL) awal pagi Khamis ini selepas muncul naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang Manchester City.
Cavani merekodkan purata 128.9 minit bagi setiap satu gol dan ia merupakan rekod tertinggi dalam kalangan rakan sepasukannya, termasuk Bruno Fernandes (159.3), Marcus Rashford (192.1) dan Mason Greenwood (254.0).
Forlan, yang pernah beraksi di samping Cavani dalam skuad kebangsaan Uruguay, memuji bintang baru United itu.
"Edinson Cavani pemain yang hebat, saya amat mengenalinya. Kami bermain untuk tahun-tahun yang panjang dalam pasukan kebangsaan kami, saya amat gembira untuknya," kata Forlan.
"Terkejut? Tidak. Tidak kerana saya amat menyedari kapasitinya dan caranya bermain. Dia seorang atlet yang amat profesional, seorang yang bagus.
"Jadi saya tidak terkejut, saya tahu dia akan menjadi seorang pemain seperti hari ini dan saya amat gembira apabila dia akan melanjutkannya untuk setahun lagi (di United," katanya.

? @NemanjaMatic x @ECavaniOfficial #MUFC #UEL pic.twitter.com/djSNPSRWUc
— Manchester United (@ManUtd) May 24, 2021