Keisuke Honda tinggalkan skuad senior Kemboja

Shaiful Shamsudin
Januari 4, 2023 20:34 MYT
Keisuke Honda meninggalkan pasukan senior Kemboja sebagai pengurus besar selepas kegagalan melepasi peringkat kumpulan Piala AFF.
Dia bakal menggalas misi terakhirnya bersama pasukan kebangsaan Kemboja B-22 yang akan menghadapi Sukan SEA di tempat sendiri pada Mei depan.
Ketua jurulatih Kemboja dalam kempen Piala AFF 2022, Ryu Hirose, mengadakan kerjasama rapat dengan bekas bintang Jepun itu apabila membantu Kemboja meraih pencapaian terbaik dalam sejarah pertandingan serantau berkenaan menerusi dua kemenangan.
Honda menyertai Persekutuan Bola Sepak Kemboja sejak 2018 kerana tertarik dengan projek mengasah bakat pemain di negara itu.
#Kemboja #Piala AFF
;