BOLA SEPAK MSIA
Kehilangan Kim Pan Gon, tidak beri kesan besar menjelang AFF, Pesta Bola Merdeka - Scott O'Donnell
Kehilangan nakhoda Harimau Malaya, Kim Pan Gon dijangka tidak beri kesan besar kepada gaya permainan skuad negara menjelang pestabola merdeka dan Piala AFF tahun ini.
Pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM Scott O'Donnell percaya skuad negara mampu mengekalkan falsafah yang sama menerusi sentuhan Pau Marti Vicente.
Jurulatih dari Sepanyol itu dinaikkan pangkat untuk mengendalikan skuad senior selepas Pan Gon mengambil keputusan melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta merta.
Iklan
"Saya yakin tidak akan banyak perkara akan berubah, walaupun jurulatih sangat penting untuk pasukan terutama dari barisan kejurultaihan Pan Gon.
"Pasukan akan terus dibentuk secara bersama-sama. Kim ada maklumkan dia adalah ketuan namun bila dia pergi pasukan tetap ada untuk mebangunkan skuad Harimau Malaya.
"Malaysia adalah satu pasukan yang bagus, terutama para pegawai dan lain-s=lain dan semestinya tidak akan ada banyak perkara yang akan berubah.
"Jurulatih baru hanya perlu pandai sesuaikan diri dengan para pemain dan saya yakin mereka akan gunakan formula dan sentuhan yang sama, dan walaupun ada dalam kalangan pemain tampak kecewa dengan pemergian Kim namun ianya perlu diterima dan diteruskan dengan hati terbuka.
Must-Watch Video