Walaupun bakal meraikan ulang tahun kelahiran ke-30 minggu depan, Lionel Messi tampak bakal terus mengekalkan prestasi terbaik serta terus meraih kejuaraan dalam kariernya.
Perkara sama turut disuarakan pengendali baru Barca, Ernesto Valverde, selepas melihat kebolehan istimewa yang dimiliki penyerang Argentina itu.
Valverde, yang menggantikan Luis Enrique di kerusi panas Barcelona, berasakan status Messi selaku pemain terbaik dunia tidak boleh dinafikan dan dia sendiri tidak sabar untuk bekerjasama dengan pemenang lima kali Ballon D'or itu pada musim akan datang.
“Setiap hari dia (Messi) membuatkan anda kagum dan saya sangat gembira untuk melatihnya,” kata Valverde.
“Dia akan melakukan sesuatu yang hebat dan ketika anda memikirkan bahawa dia tidak mampu mengulanginya, Messi akan membuktikan anda salah pada keesokannya.
“Dia membuatkan kami semua sentiasa tertunggu-tunggu aksinya,” tambah Valverde.
Valverde bakal mengemudi rangkaian tiga penyerang Barcelona yang terkenal dengan gelaran 'MSN', iaitu Messi, Suarez dan Neymar di Camp Nou.