LIGA INGGERIS

Kehadiran Van Den Berg ke Liverpool beri keuntungan buat kedua-dua pihak -- Stam

Penulis Jemputan 01/07/2019 | 00:01 MYT
Tiada apa yang merugikan buat Liverpool selepas melengkapkan perpindahan bek Belanda, Sepp Van Der berg, menurut bekas pengendalinya, Jaap Stam.
Van Der Berg menyertai Liverpool daripada kelab Belanda, PEC Zwolle, Khamis lalu menerusi perpindahan yang dilaporkan mencecah sehingga EUR3.5 juta (RM16 juta).
Pemain berusia 17 tahun itu tampil sebanyak 22 kali dalam saingan tertinggi bola sepak Belanda dan kini dikhabarkan menjadi buruan beberapa kelab Eropah, termasuk Bayern Munich, Ajax dan PSV.
Dan Stam yang mengendalikan Van Den Berg sewaktu membimbing Zwolle bagi musim 2018-19 menegaskan Liverpool telah mendapatkan pemain yang berpotensi tinggi.
"Van Der Berg adalah seorang pemain berbakat dan kami telah katakannya berulang kali di PEC Zwolle," katanya.
"Semua tahu bagaimana bumi berfungsi, begitu juga dengan pemain yang melalui perpindahan dalam sesetengah bahagian karier.
"Kami tahu kelab England dan Sepanyol mencari pemain di seluruh dunia, terutama di Belanda kerana mereka dikenali hasil daripada usaha sendiri.
"Kebanyakan kelab akan mempunyai wang yang cukup dan perlu cuba mendapatkan pemain. Kemudian, lihat sama ada ia berbaloi untuk tempoh masa panjang.
"Jika ia berjaya, bagus. Jika tidak, mereka mungkin akan menjual untuk mendapatkan wang lebih. Akhirnya, ia bergantung kepada kelab dan saya mengucapkan selamat maju jaya buatnya serta mencipta sejarah bersama Liverpool."
;