EPL
Kehadiran penyokong final play-off Liga Kejuaraan lebih ramai dari final Piala FA
Masih lagi segar dengan kemenangan tidak dijangka Manchester United ke atas jiran mereka, Manchester City, terdapat satu berita berkenaan kehadiran penyokong yang agak mengejutkan.
Ini apabila dikatakan perlawanan play-off Liga Kejuaraan antara Leeds United menentang Southampton mencatatkan lebih ramai penyokong berbanding final Piala FA.
Dengan rekod 85,862 ribu penyokong yang hadir ke Stadium Wembley semasa play-off, perlawanan Derbi Manchester hanya mencatat 84,814 ribu penyokong yang hadir.
Perbezaan 1,048 ribu penyokong yang hadir ini menjadikan ia satu perdebatan antara peminat-peminat bola sepak di England.