Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran pemain warisan 'pecutan terakhir' Harimau Malaya elak ketinggalan -- Legenda negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin-hassan.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, berpendapat kehadiran pemain naturalisasi merupakan pecutan terakhir buat Harimau Malaya untuk mengelak daripada ketinggalan terlalu jauh dengan negara lain. 

Baginya, Harimau Malaya bukan tidak pernah mencuba dengan pemain tempatan sedia ada tetapi hasilnya kurang memuaskan.
 
Barisan bimbingan Peter Cklamovski itu kini sedang menggalas misi besar untuk mengulangi kejayaan bekas pengendali negara, Kim Pan-gon, membawa Harimau Malaya layak ke pentas Piala Asia secara merit.

"Ia untuk kita pergi lebih maju," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Memang ramai akan tertanya-tanya dan tidak puas hati tetapi ini merupakan perkara yang sah dan dibenarkan. Kita meneliti betul-betul dan perlu meminta kelulusan dan berurusan dengan pihak FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa).

"Alhamdulillah, mereka sudah berada di sini dan kita dapat khidmat pemain yang boleh membawa kita pergi lebih jauh selain ia memberikan pembelajaran.

"Saya memiliki ramai kenalan di luar negara dan memberitahu mereka mengenai kita memiliki pasukan kebangsaan berwajah baru tetapi mereka katakan yang kita lambat. Ini kerana ia sudah lama digunakan di seluruh Eropah."

Malaysia akan berdepan Vietnam bagi aksi kedua pusingan akhir kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

 

Advertisement

Must Watch Video