Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran Neymar, Mbappe tidak gugat Draxler

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

draxler.jpg
Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Julian Draxler, yakin dengan masa depannya di Paris walaupun dengan kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe, musim ini.

PSG membawa masuk Neymar dari Barcelona menerusi perpindahan yang mencipta rekod termahal dunia sebelum melengkapkan proses pinjaman Mbappe dari Monaco.

Situasi itu membuatkan masa depan pemain seperti Draxler dan Di Maria menjadi persoalan, namun bagi pemain kebangsaan Jerman itu, dia masih mampu menjadi watak utama PSG meskipun sedar tempatnya dalam kesebelasan utama belum terjamin.

“Saya hanya beraksi dalam dua perlawanan di Paris tetapi saya kembali ke pusat latihan empat minggu kemudian disebabkan oleh Piala Konfederasi.

“Saya yakin, sebab itu saya tidak mahu berpindah.

“Jika dilihat pada yuran perpindahan yang dibayar PSG untuk mendapatkan Neymar dan Mbappe, sudah tentu mereka memiliki kelebihan tetapi saya tidak sabar untuk beraksi bersama mereka,” kata Draxler.

Draxler turut menjaringkan gol ketika Jerman menewaskan Norway 6-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi tadi.

Advertisement

Must Watch Video