Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran Marcote mampu lonjak Lang Merah -- Krasniqi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liridon-krasniqi_1.jpg
Liridon Krasniqi yang dinobatkan selaku Pemain Import Terbaik dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 malam tadi, percaya kehadiran Ramon Marcote sebagai nakhoda baru pasukan Kedah mampu melonjakkan prestasi mereka ke tahap lebih baik. 

Marcote yang pernah bersama Lang Merah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan kembali menyertai pasukan itu dengan kontrak selama setahun. 

"Saya gembira dengan kehadiran semula Ramon Marcote. Saya suka dengan kaedah latihannya serta pendekatannya dengan kami. 

"Dia sentiasa menuntut peningkatan prestasi pada setiap hari. 

"Kami pasti akan mengharungi kempen yang memberangsangkan musim depan andai kami memenuhi jangkaannya terhadap kami," kata pemain tengah itu. 

Selain Anugerah Pemain Import Terbaik, Liridon turut memenangi Anugerah Pemain Paling Popular buat tahun kedua selepas membantu skuad Hijau Kuning memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA. 

"Saya tujukan kejayaan anugerah ini kepada ibu bapa saya, seluruh keluarga dan mereka yang berdiri teguh di belakang saya ketika saya tidak punya apa-apa," kata pemain kelahiran Kosovo itu yang menyumbat lapan gol musim lalu. 

 

Advertisement

Must Watch Video