Kedudukan Harimau Malaya dan Garuda tidak terpisah jauh

Afiq Azfar
Oktober 16, 2024 12:31 MYT
Malaysia dan Indonesia terpaksa menelan hakikat apabila masing-masing turun satu anak tangga dari kedudukan sebelumnya dalam ranking semasa FIFA.
Malaysia yang terlebih dahulu kecewa apabila tewas 0-4 di tangan New Zealand pada Isnin, menyaksikan pemotongan mata ranking sebanyak -3.72 mata.
Ini menyebabkan Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan kedudukan 133 dunia berbanding 132 pada sebelumnya.
Manakala bagi pasukan negara jiran Indonesia, kekalahan ke atas China 1-2 menyaksikan mereka turun mendapat pemotongan mata ranking besar sebanyak -9.69 mata, meskipun mendapat tambahan mata sebanyak +4.39 mata selepas seri bertemu Bahrain.
Hal ini menyaksikan mereka turut terkeluar daripada kelompok 120 dunia, apabila kini menduduki kedudukan ranking ke 130 dunia dalam kemaskini terbaru.
Bagi pasukan gergasi Asia Tenggara yang lain, Vietnam turut jatuh 2 anak tangga kini berada di kedudukan 118 dunia setelah diikat India 1-1, manakala Thailand cemerlang melonjak 4 anak tangga untuk berada di kedudukan 96 dunia setelah menang ke atas Filipina 3-1 dan Syria 2-1.
#Harimau Malaya #Ranking FIFA #Garuda
;