Skip to main content

Bola Sepak

Kedah nafi aksi persahabatan dengan Santos, wujud salah faham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Kedah Darul Aman FC malam tadi menjelaskan bahawa kelab itu tiada sebarang persetujuan rasmi untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Brazil, Santos.

Sebelum ini, Santos mengumumkan dalam laman web rasmi mereka bahawa kelab itu akan bertandang ke Alor Setar 17 Februari ini untuk bertemu Kedah dalam aksi persahabatan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Kedah dalam kenyataan berkenaan.

"KDA FC ingin menjelaskan berita berkenaan perlawanan menentang Santos FC yang diwar-warkan oleh kelab tersebut dan menjadi viral di media tempatan.

"Untuk makluman, tidak ada sebarang persetujuan rasmi dari KDA FC berkenaan perlawanan yang dirancang dan menghormati Santos FC, yang meletakkan nama KDA FC dalam senarai antara pasukan dalam siri perlawanan persahabatan kelab dari Brazil tersebut.

"KDA FC berharap penjelasan ini dapat mengelakkan berita yang tidak tepat susulan pengumuman oleh Santos  FC berkenaan perlawanan persahabatan tersebut," kata kenyataan itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin, berkata pihaknya ada menerima cadangan dari pihak pengantara atau promoter sekitar awal tahun ini berkaitan aksi persahabatan itu, namun tidak menyatakan sebarang persetujuan.

"Kami ada menerima pelawaan daripada promoter untuk membawa kelab ternama dari Brazil, iaitu Santos FC, bagi mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di Kedah dan diberi tarikh pada 17 Februari.

"Mengikut perancangan awal itu, kami tidak boleh. Kami juga sudah maklumkan tidak bersedia untuk perlawanan sebab kami belum lagi memulakan latihan pasukan dan rancangan latihan kami pula hanya bermula sekitar tarikh berkenaan.

"Namun, kami terkejut apabila mendapati pihak Santos FC mengeluarkan jadual perlawanan itu (17 Februari) di laman rasmi kelab berkenaan dua hari lalu.

"Apabila kami bertanya semula kepada pihak promoter berkenaan, beliau memberi maklum balas adanya salah faham berkaitan perancangan yang diatur itu," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video