KEDAH: Kalendar Liga-M punya pro dan kontra, Zul Fadli Rozi
Shaiful Shamsudin
Disember 23, 2023 21:46 MYT
Disember 23, 2023 21:46 MYT
Susulan ketetapan rasmi kalendar liga Malaysia 2024/2025, pengurus Kedah Darul Aman, Zul Fadli Rozi, menyifatkan kalendar liga malaysia musim depan punyai pro dan kontra susulan perjalanan liga kali ini lebih panjang berbanding sebelum ini.
Ia menyaksikan saingan liga musim baru nanti buat julung kali ambil masa selama 12 bulan berbanding sembilan bulan daripada kebiasaan tatkala berlaku perubahan pada tarikh asal sepak mula.
Dalam Nadi Weekend, Zul Fadli Rozi berkata, " Daripada segi pronya, mungkin kita boleh cakap , kami ada masa yang secukupnya untuk persiapan pasukan, membuat pilihan pemain.
"Tetapi bagi saya, masa itu datang sekali dengan kos. Kos yang maksud saya tempoh kontrak pemain atau pegawai,"
"Contoh, kita bermula pada 1 Februari dan berakhir pada April 2025 bermakna tempoh kontrak itu boleh menjangkau kepada 15 bulan daripada normal kontrak 12 bulan, jadi pertambahan kepada tujuh bulan.
"Dan kalau kita bermula pada 1 Mac katakan, ianya akan menajdi kontrak sepanjang 14 bulan, lagi panjang pula dari kontak biasanya.
"Dari situ akan timbul pertambahan kos kepada kelab semestinya dan satu perbincangan perlu diadakanlah antara kelab dan barisan kejurulatihan daripada segi bila tarikhkita nak bermulanya pra-musim dan berapakah bajet yang kelab akan bagi untuk kami dapatkan khidmat pemain tersebut."