Skip to main content

Bola Sepak

Kedah Darul Aman mohon beraksi di divisyen kedua?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah_1.jpg
Kedah Darul Aman (KDA) merupakan antara dua pasukan selepas Perak  yang tidak berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan bagi membolehkan mereka bertanding dalam kancah Liga Super Malaysia menjelang musim baharu 2025/26.

Namun, mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, difahamkan Sang Kenari turut memohon untuk beraksi dalam saingan Liga A1 saingan musim depan.

Untuk rekod, sebanyak 11 pasukan memperoleh Lesen Kebangsaan dengan  Brunei, DPMM turut akan bertanding dalam musim baru liga nanti.

 



Terdahulu, Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, turut mengalu-alukan Kedah dan Perak untuk beraksi dalam Liga A1 agar mampu membina semula pasukan agar tidak hilang daripada radar.

"Inilah platform untuk mereka meneruskan agenda selaku pasukan bola sepak.

"Kita tidak mahu apabila jatuh dari Liga Super, pasukan itu hilang dari radar.

"Dengan adanya liga amatur ini, mereka masih mempunyai tempat untuk kembali dan pulang semula ke Liga Super suatu hari nanti.

"Kami di AFL sentiasa memberi peluang dan mengalu-alukan mereka bermain" katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video