Kelab Kedah Darul Aman dalam usaha memancing bintang Portugal, Ricardo Quaresma, sebagai anggota skuad bagi musim musim 2025/2026.
Bagaimanapun, kehadiran Quaresma bersyarat iaitu kesemua perbelanjaannya akan ditanggung oleh pihak penaja luar negara.
Dalam satu perkongsian di laman sosial sebentar tadi, kelab utara itu mendedahkan rundingan ini sudah pun bermula dalam misi persiapan awal skuad Hijau Kuning untuk menghadapi cabaran musim baru dengan pemilik Kedah Darul Aman, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, berikrar untuk terus memperjuangkan nasib kelab itu.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo itu pada awal disenaraikan untuk perlawanan membabitkan pilihan All Star Kedah menentang pilihan All Star Malaysia di Stadium Darulaman, 3 Mei depan.
Kali terakhir Quaresma beraksi secara kompetitif ialah ketika mewakili kelab tempatan, Vitoria Guimaraes, pada 2022 tetapi belum pernah mengumumkan persaraannya.