'Satu keputusan tepat', itu pandangan jurulatih berpengalaman Liga Malaysia, Azraai Khor Abdullah, mengenai keputusan Kedah Darul Aman yang menandatangani dua tonggak import baru.
Azraai percaya, kehadiran Ifedayo Olusegun dan Moses Atede mampu mempertajamkan jentera serangan Sang Kenari bagi mengharungi baki saingan liga musim ini.
Azraai yang juga bekas ketua jurulatih Kedah, menyambut baik tindakan pihak pengurusan kedah untuk menandatangani dua tonggak import menjelang jendela perpindahan pemain yang bakal dibuka 5 Julai ini.
Menurut Azraai, Ifedayo merupakan calon terbaik ketika ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Willian Lira, memandangkan penyerang Nigeria itu memiliki pengalaman luas di Liga Malaysia.
Azraai yang pernah membawa Kedah menjulang gelaran 'double-treble' menganggap Ifedayo tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan sistem permainan Nafuzi Zain.
Umum mengetahui kelebihan yang mampu dibawa Ifedayo kepada skuad hijau kuning menerusi pencapaiannya sebelum ini, terutamanya bersama Selangor selama tiga musim, di mana dia dinobat penjaring terbanyak dua musim berturut-turut
Manakala Moses yang berusia 25 tahun, dipercayai mampu menambah kuasa perancang di bahagian tengah skuad Nafuzi yang sudah pun dibarisi Lee Tuck serta Manuel Hidalgo.
Pemain yang akan menyarung jersi nombor 25 itu juga pernah membantu Al-Muharraq menjuarai Piala AFC pada tahun 2021.