Bekas pertahanan Manchester United, Patrice Evra, meluahkan rasa kecewa terhadap corak permainan yang ditampilkan The Red Devils yangt tewas ketika berdepan Tottenham Hotspur, sebelum ini.

Evra berasakan terdapatnya perbezaan ketara pemain bola sepak generasi terdahulu dengan genarasi masa kini yang mempunyai bebanan melebihi seorang atlet biasa.

Video itu dikongsikan bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Rio Ferdinand, di laman X yang bersetuju dengan apa yang diungkapkan Evra sebelum ini.

"Separuh masa pertama berdepan Tottenham, saya mesej Sir Alex Ferguson dan mengatakan 'Bos, bayangkan kita tidak memberikan tekanan dalam 45 minit pertama, apa yang kamu akan lakukan?'






"Dia membalas 'saya akan denda kamu sekurang-kurangnya dengan sebulan gaji'.

"Ini adalah perkara yang saya selalu katakan pada Rio dalam kumpulan whatsapp kami bahawa dia hanya membuang masa kerana generasi ini merupakan generasi TikTok.

"Dimana sebelum ini kami merupakan pemain yang bermain dan tidur hanya memikirkan bola sepak.





"Sekarang mereka adalah atlet, jenama, mereka ahli politik. Terlalu banyak gangguan dan saya tidak salahkan mereka. Inilah masyarakat kini." katanya.