UEL
Kecederaan Hazard tidak serius
Maurizio Sarri tidak bimbang dengan kecederaan ringan yang dialami Eden Hazard ketika Chelsea meraih kemenangan ke atas Slavia Prague dalam aksi Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.
Hazard mengalami kecederaan di Stamford Bridge tetapi meneruskan permainan selepas menerima rawatan sebelum dia digantikan pada minit ke-65 ketika The Blues meraih kemenangan 4-3 untuk melengkapkan agregat 5-3 dan bakal berdepan Eintracht Frankfurt dalam separuh akhir.
Tetapi Sarri kekal yakin kecederaan yang dialami pemain kebangsaan Belgium itu tidak serius.
"Tiada apa yang serius," kata Sarri.
"Saya berharap Hazard sempat pulih sebelum aksi seterusnya."
Chelsea akan menerima kunjungan Burnley di Stamford Bridge, Isnin ini, sebelum bertemu Manchester United dalam persaingan merebut kelompok empat terbaik.