Skip to main content

Bola Sepak

Kecederaan hamstring paksa Vardy berehat panjang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jamie-vardy_.jpg
Penyerang Leicester City, Jamie Vardy bakal diketepikan sehingga empat minggu kerana kecederaan hamstring.

Pengurus Brendan Rodgers mendedahkan Vardy pada mulanya mengalami kecederaan dalam pertembungan Piala EFL menentang Liverpool, di mana The Foxes tersingkir menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3.

Pemain berusia 34 tahun itu direhatkan ketika tewas 6-3 kepada Manchester City, tetapi bermain selama 90 minit penuh dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris 1-0 dengan The Reds, di mana dia memburukkan lagi masalah itu.

Ia datang sebagai tamparan hebat kepada Leicester, dengan Vardy - penjaring terbanyak mereka dalam Liga Perdana dengan sembilan gol - akan terlepas empat perlawanan seterusnya. Seperti yang sedia ada, dia akan kembali bersaing untuk menentang Liverpool sekali lagi Februari deoan.

"[Vardy] tidak pasti sama ada ia [cabaran daripada Joel Matip] atau dia nerasakan sesuatu sebelum ini, tetapi anda boleh lihat dia boleh berlari," kata Rodgers.
"But the scan has shown up that he could be [out for] three to four weeks.

"Dia berasakannya ketika beraksi bertemu Liverpool dalam saingan Piala EFL. Jika anda melihat perlawananitu, anda boleh melihat persembahannya mula terjejas setengah jam terakhir.

"Kami tidak melibatkannya pada hujung minggu [menentang City] untuk memberi mereka rehat maksimum seperti itu, walaupun dia berada di bangku simpanan, tetapi dia tidak bersedia untuk diturunkan.

"Saya rasa gabungan permainan yang kami ada mempengaruhi masa pemulihan. Ia hanya satu tempoh yang sukar untuk pemain, terutamanya untuk pemulihan."

 

Advertisement

Must Watch Video