Skip to main content

Bola Sepak

Kecederaan berulang Grealish bayangi sentuhan berbisa Haaland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erling-haaland.jpg
LUTON 2 MAN CITY 6 

Penyerang Manchester City, Jack Grealish, terpaksa diusung keluar dalam Piala FA kemenangan 6-2 ke atas Luton Town, awal pagi tadi. 


Skuad bimbingan Pep Guardiola itu beraksi cemerlang di Kenilworth Road untuk menempah tempat ke undian suku akhir esok. 

Erling Haaland meledak lima gol dalam kemenangan bergaya di samping Kevin De Bruyne mencipta empat bantuan jaringan buat tonggak Norway itu.

Mateo Kovacic turut mencetak nama selaku penjaring keenam tatkala penyandang juara itu dalam misi mempertahankan kejuaraan. 

Bagaimanapun, malam indah Man City terjejas oleh kecederaan yang dialami Grealish yang terpaksa digantikan pada minit ke-38 oleh Jeremy Doku.

Grealish membuat permulaan pertamanya sejak kembali daripada kecederaan pangkal paha yang dialaminya dalam kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Copenhagen, awal bulan ini.




Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Guardiola menyatakan bahawa Grealish telah mengalami masalah pangkal paha berulang.

Guardiola berkata: "Saya belum bercakap dengan doktor tetapi dia mengadu kesakitan di bahagian pangkal paha, mungkin ia agak serupa. 

"Dia berasa sangat baik tetapi malangnya, dia tercedera. 

"Ia adalah musim yang sukar buatnya, dia perlu pulih dengan baik."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video