BORUSSIA DORTMUND 3 HOFFENHEIM 3
Borussia Dortmund mensia-siakan kelebihan tiga gol yang dimiliki mereka pada 15 minit terakhir perlawanan untuk diikat Hoffenheim 3-3 di Signal Iduna Park, malam tadi.
Keputusan itu mungkin menjejaskan peluang mereka untuk menjuarai saingan Bundesliga musim ini.
Skuad kendalian Lucien Favre itu gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini dan kerapuhan mereka di penghujung perlawanan sehingga diikat Hoffenheim menggusarkan ketua jurulatih itu yang tidak dapat menyertai perlawanan ekoran dijangkiti selesema.
Jadon Sancho menjaringkan gol pertamanya tahun ini -- yang ketujuh musim ini -- ketika pasukan tuan rumah itu menguasai babak pertama.
Dia juga menjadi pencetus kepada gol kedua Dortmund yang dijaringkan Mario Gotze.
Kemahiran individu menarik dipamerkan Sancho sebelum Raphael Guerreiro menjaringkan gol ketiga Die Borussen, namun Hoffenheim bangkit menerusi jaringan berganda pemain gantian, Ishak Belfodil dan satu gol daripada Pavel Kaderabek.
Keputusan seri itu membolehkan Bayern Munich merapatkan jurang kepada lima mata di belakang Dortmund selepas mereka meraih kemenangan 3-1 ke atas Schalke dalam satu lagi perlawanan.
Sancho menghasilkan jaringan pembukaan buat Dortmund pada minit ke-32 dengan pemain muda itu menerima hantaran daripada Lukasz Piszczek sebelum melakukan sepakan rendah ke penjuru gawang Oliver Baumann.
Berpunca daripada percubaan awal Sancho, Gotze menggandakan kelebihan tuan rumah selepas memanfaatkan bola muntah berkenaan, dua minit sebelum tamat babak pertama.
Jaringan ketiga Dortmund tiba selepas Gotze bertukar-tukar hantaran dengan Sancho, yang kemudian melakukan hantaran ke belakang untuk disudahkan Guerreiro pada minit ke-66.
Namun, Hoffenheim enggan tunduk terhadap keputusan itu dengan Belfodil kembali merapatkan jurang pada minit ke-75.
Kadarabek kemudian melompat tinggi untuk menanduk masuk bola ke gawang yang dijaga Roman Burki sebelum Belfodil meluru pantas membelah pertahanan lawan bagi menyudahkan hantaran lintang Dennis Geiger pada minit ke-87.