LIGA SUPER MSIA
Kebajikan kunci kejayaan Nur Azmi kemudi Melaka
Presiden Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad, menjelaskan aspek kebajikan merupakan keutamaan pihak pengurusan agar tidak muncul permasalahan dalam kalangan pemain dan staf pengurusan dalam memacu kejayaan pasukan.
Dia turut menjelaskan setiap pemain bakal menerima gaji sebanyak dua kali dalam sebulan selain bonus setiap perlawanan.
"Ini kali kedua kami menyertai A1, hasilnya tahun ini 2025. Setiap perlawanan memang ada bonus. Daripada segi kebajikan pemain merupakan keutamaan kami.
Iklan
"Seperti gaji kami bayar sebulan dua kali, bonus selepas aksi kami beri kepada semua pemain dan pegawai.
Datuk Azmi turut berkongsi dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depan Melaka sama ada mahu menyertai Liga Perdana mahupun Liga Super pada musim hadapan selepas muncul juara Liga A1 Semi Pro.
"Secara automatik layak ke Liga Super, tetapi kami masih memikirkan ke Perdana atau Liga Super kerana kos pasti meningkat dengan kuota pemain import pasti akan menyulitkan.
"Seperti pasukan sekarang yang tidak dapat bayar gaji pemain, jadi ia akan memalukan Melaka jika itu berlaku.
"Ada perbincangan, tetapi untuk Melaka saya mahu fikir sumber kewangan baru kami beri keputusan kepada MFL. Ini peluang terbaik untuk Melaka harumkan nama negeri semula." tambahnya.
Must-Watch Video