Skip to main content

Bola Sepak

Keazaman TMJ faktor Peter Cklamovski pilih Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peter.jpg
Peter Cklamovski menjelaskan hari ini bahawa semangat dan keazaman Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ibrahim, menjadi faktor dia memilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 46 tahun itu turut berkongsikan bahawa dia berasa terhormat dapat mewakili pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dalam misi memacu kejayaan bola sepak negara.

Dia yang sudah tiba di tanah air sejak semalam untuk memulakan tugasan diperkenalkan secara rasmi dalam majlis pelancaran jersi baru Harimau Malaya dan perjanjian kerjasama antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan jenama sukan antarabangsa iaitu Puma yang berlangsung di ibu negara.

 

"Tanpa semangat, wawasan, keazaman dan visi baginda dalam projek ini, ia tidak akan menjadi seperti hari ini.

"Jadi, bagi saya yang melihat semangat dan keazamannya, ia satu keputusan yang mudah untuk saya. Ia satu penghormatan untuk mewakilinya." katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisement

Must Watch Video