Bekas kapten Manchester United, Roy Keane, menuduh Fred "menipu" ketika The Red Devils tumbang 0-2 kepada Manchester City di Old Trafford, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Pep Guardiola, City, memintas Liverpool untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris hasil gol Bernardo Silva dan Leroy Sane dalam babak kedua.
Keane -- yang bertindak sebagai pengulas jemputan Sky Sports -- berang dengan peranan Fred ketika jaringan Sane dengan menuduh pemain tengah Brazil itu gagal memberikan segala-galanya selepas kehilangan bola.
"Lihat sahaja Fred sewaktu jaringan itu, dia tidak memberikan segala-galanya.
"Dia menipu. Apa yang dilakukannya itu adalah menipu dengan membiarkan pemain lain melepasinya.
"Fred melakukan kesilapan. Dia terlepas bola dan perkara seperti itu boleh berlaku.
"Namun, anda tidak boleh membiarkan (Raheem) Sterling menghampiri gol di sebelah anda.
"Ia akan menyebabkan anda berdepan masalah.
"Mengapa tiada pemain yang mahu menghalang percubaan itu?
"Jika pemain kehilangan bola, ia tidak mengapa, namun anda perlu mengejarnya seperti hidup anda bergantung kepadanya," katanya.
Fred bergelut sejak aksi pertamanya selepas menyertai United daripada Shakhtar Donetsk dan rakan pengulas Keane di Sky Sports, Gary Neville, tidak berasakan pemain itu memiliki fizikal sesuai untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.
"Dia mengelak daripada memberikan cabaran, tewas, dan pemain lawan dapat melepasinya.
"Adakalanya dia menang, adakalanya tidak.
"Bagi saya, dengan menyaksikan aksi Fred sepanjang musim ini, dia terlibat dengan cabaran, tewas dan tidak dapat bangun untuk kembali menyelamatkan keadaan.
"Jadi, dia tidak mempunyai keupayaan itu," katanya.