Keadaan semasa permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terus menjadi perbualan utama menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 antara penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu Jumaat ini.
Berbaki dua hari sebelum perlawanan akhir, kerja-kerja membaik pulih padang sedang dijalankan dan perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook iaitu SiniJa.
Menerusi video yang dikongsikan oleh SiniJa, terdapat beberapa bahagian padang yang bertampal dan boleh dilihat permukaan padang tidak rata sekaligus membangkitkan persoalan tentang bagaimana Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjaga padang SNBJ.
PSM sebelum ini memberi jaminan keadaan padang akan kembali pulih selepas digunakan untuk konsert Coldplay dan dapat digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.