Skip to main content

Bola Sepak

KDN penuhi segala kriteria terima Lesen Kebangsaan, nafi dakwaan pemain pasal gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kdn.jpg
Kelantan Darul Naim (KDN) menafikan dakwaan berkenaan kelab itu tidak memenuhi kriteria untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan dengan syarat susulan tunggakan gaji pemain musim 2024/25.

Presiden KDN, Rozi Muhamad, menjelaskan, kelab itu kini dalam proses menyelesaikan baki tunggakan untuk bulan Februari sehingga April 2025, manakala gaji pada Mei 2024 sehingga Disember 2024 telah pun diselesaikan. 

Justeru, Rozi menegaskan bahawa KDN telah memenuhi segala syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh First Instance Body (FIB) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), termasuklah untuk kelab menyelesaikan tunggakan gaji sehingga 31 Disember 2024 (mengikut syarat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)) sebagai antara syarat lulus permohonan Lesen Kebangsaan 2025/26 yang menyaksikan KDN diberikan Lesen Kebangsaan dengan syarat.

"Saya menafikan dakwaan isu yang tular mengatakan pemain mendakwa KDN ada lagi tunggakan menyebabkan KDN tidak layak sebenarnya melepasi syarat pelesenan.

“Sebab KDN sebenarnya dah memenuhi segala syarat yang ada untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan dengan syarat dan sebab itu kita hanya ada tiga bulan sahaja lagi tunggakan iaitu pada Februari 2025 sehingga April 2025 di mana kita tetap komited untuk berusaha menyelesaikannya secepat mungkin.




“Dan itu pun bukan semua pemain yang ada tunggakan tiga bulan (Feb-April), tetapi ada juga yang masih berbaki dua bulan dan ada juga yang berbaki sebulan sahaja.

“Jadi dekat sini saya nak tegaskan yang kelab sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu ini di mana kita tetap bayar secara berperingkat dan akan selesaikan sepenuhnya dalam masa terdekat. 

“Termasuklah juga pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di mana pihak kami juga sudah ada persetujuan bersama KWSP untuk kelab menyelesaikan tunggakan yang ada dan kami sudah mulakan pembayaran secara berperingkat sejak pertengahan April lalu," jelasnya. 

Dalam masa sama, Rozi turut mengharapkan barisan pemain dapat memahami situasi ini dan tidak lagi sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan di laman media sosial, sebelum merujuk terlebih dahulu kepada pihak pengurusan kelab memandangkan KDN dalam usaha untuk menyelesaikan tunggakan ini dalam masa terdekat. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video