KDA mahu jadi seperti Selangor -- Tan Sri Mohd Daud Bakar
Mei 19, 2024 16:18 MYT
Pemilik Kedah Darul Aman (KDA), Tan Sri Mohd Daud Bakar, menzahirkan keresahan melihat situasi kewangan yang melanda pasukannya selepas masih tidak mengikat mana-mana penaja utama ketika ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, KDA memerlukan penajaan sebanyak lapan hingga 10 juta semusim untuk bertahan sepanjang saingan musim ini.
Sebelum ini, dia mengumumkan bahawa penaja utama pasukan itu telah menarik diri hingga menyebabkan segala aspek persiapan, kelengkapan dan pengangkutan turut terjejas.
Sekiranya senario itu berlarutan, maka KDN hanya mempunyai tempoh kurang beberapa bulan sahaja untuk bertahan dalam saingan musim ini.
Tan Sri Mohd Daud menjelaskan bahawa dia sangat mengagumi pentadbiran negeri Selangor yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pasukan The Red Giants itu.
“Saya rasa keseorangan melihat jentera pentadbiran negeri Selangor dengan sokongan pelbagai pihak” -Tan Sri Mohd Daud Bakar- @ASTROARENA pic.twitter.com/9GNrjj9pse
— karlnunis (@_karlnunis) May 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya seperti keseorangan apabila melihat pasukan Selangor sering kali menerima sokongan positif meskipun telah diswastakan secara penuh sama seperti pasukan saya.
"Saya mengakui bahawa saya seorang tidak mampu melaksanakan misi ini, jadi saya menyeru pelbagai pihak tidak kira daripada kerajaan mahupun swasta membantu bagi menjayakan perjalanan pasukan KDA musim ini," katanya.