Skip to main content

Bola Sepak

KDA FC intai syarikat tempatan tawar hampir 50 peratus saham?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-darul-aman-2023.jpg
Kedah Darul Aman (KDA) FC didakwa sedang berusaha mendapatkan penajaan baru agar dapat terus bersaing dalam Liga Malaysia walaupun dilihat sedikit tercorot musim ini.

Tersingkir awal dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia, KDA FC, bagaimanapun, berada di kedudukan ketiga Liga Super dan berada di landasan terbaik untuk merebut gelaran naib juara Liga Super musim ini, sekali gus dilihat masih berpeluang menempah slot ke pentas Asia musim depan.

Tular di media sosial bahawa KDA FC kini sedang mengintai sebuah syarikat tempatan untuk menawarkan saham kelab itu, berkemungkinan untuk membiayai kos operasi yang mencecah RM30 juta setahun.

Difahamkan, skuad Sang Kenari itu sedang cuba menjalin kerjasama dengan Kumpulan DSAT Sdn. Bhd., yang berpangkalan di ibu negara.

Berdasarkan memo yang dikongsikan di media sosial, usaha itu dibuat selepas KDA FC menghantar sekeping surat kepada pengerusi kumpulan eksekutif syarikat berkenaan, Datuk Seri Azizul Tandek.

Surat berkenaan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali, dengan pengetahuan pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar.

Menerusi surat berkenaan, Khamal, yang mewakili ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Darulaman Football Club Sdn. Bhd. selaku pemilik KDA FC, menawarkan penjualan saham kelab sebanyak 49.06 peratus dengan harga tawaran RM15 juta.

Sekiranya syarikat berkenaan bersetuju dengan tawaran itu, persetujuan secara bertulis perlu dikemukakan kepada Darulaman Football Club Sdn. Bhd. sebelum 30 September lalu.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa penaja utama, syarikat antarabangsa Bin Zayed International, yang berpangkalan di Dubai, dikhabarkan ‘menarik diri’ biarpun menandatangani kerjasama itu pada Februari lalu.

--Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video