Skip to main content

Bola Sepak

Kasut Emas: Shahrel Fikri anggap pemain import miliki kelebihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrel-fikri.jpg
Saingan Liga Super semakin menghampiri penutup tirai dengan berbaki satu perlawanan hujung minggu ini. 

Gelaran Kasut Emas 2020 masih belum mempunyai pemiliknya tatkala tumpuan terarah kepada tiga susuk; penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penggempur Selangor, Ifedayo Olusegun. termasuk Dominique Da Sylva (Terengganu). 

Bagi Shahrel Fikri, dua pencabar terdekatnya berpeluang lebih cerah untuk menggondol anugerah individu itu biarpun dia kini menerajui carta penjaring terbaik Liga Super berbekalkan 10 gol. 

"Peluang saya masih tipis sebab masih ada dua pesaing dari Selangor dan Terengganu. Mereka mempunyai sembilan dan lapan gol. 

"Mahu atau tidak, mungkin saya lebih berpeluang untuk meraih Kasut Emas sekiranya saya menjaringkan dua gol ketika berdepan Kedah.

"Mereka (Da Sylva dan Ifedayo) lebih handal memandangkan mereka merupakan pemain import, mempunyai keyakinan yang lebih tinggi. 

"Tetapi kelebihan saya ialah sokongan padu daripada rakan sepasukan," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Haliza Hamzah, menjelang penentuan tiket Piala AFC di Stadium Perak yang ditunda ke Ahad ini. 

 

SHAHREL FIKRI LEADS THE WAY ?? Menjelang perlawanan akhir untuk saingan #CIMBLigaSuper2020, berikut merupakan senarai...

Posted by Perak TBG on Tuesday, October 6, 2020


Sementara itu, tumpuan Olusegun terarah kepada misi menghadiahkan tiga mata kepada Gergasi Merah yang dalam peralihan aspek kejurulatihan. 

"Bagi kami, ini hanyalah satu lagi perlawanan (yang perlu diharungi).

"Kami akan cuba memburu kemenangan sementara saya cuba menjaringkan gol.

"Ia sudah menjadi tugas saya, saya diikat pun kerana tugas untuk menggempur. 

"Saya sekadar melaksanakan tugas dengan harapan dapat menyumbat sebanyak gol yang mungkin dan kejayaan meraih Kasut Emas bukanlah satu perkara yang buruk mahupun baik. 

"Saya harap jaringan saya yang lakukan boleh membantu kami mencatat kemenangan," kata penyerang dari Nigeria itu. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video