BOLA SEPAK
Karim Benzema ucap maju jaya buat Toni Kroos
Dengan menjadi antara pemain yang barisi skuad emas Real Madrid, Karim Benzema muncul untuk mengucapkan tahniah buat pemain tengah Los Blancos, Toni Kroos, yang umum dirinya akan bersara selepas Euro 2024.
Benzema yang menjaringkan 354 gol dan cipta 165 bantuan gol di Real Madrid, menjadi antara pemain penting bersama Toni Kroos ketika bermain bersama di Los Blancos.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini apabila Benzema juga berjaya raih Ballon d'Or dengan bantuan daripada Kroos yang banyak membantu dari segi pergerakkan menjaringkan gol dan ditambah dengan lima trofi Liga Juara-juara yang diraih bersama mereka.