Skip to main content

Bola Sepak

Kariernya masih panjang -- pengulas puji aksi cemerlang De Gea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-gea.jpg
Penjaga gol Fiorentina, David de Gea, sekali lagi membuktikan kemampuannya ketika aksi Serie A berdepan AC Milan semalam.

Fiorentina mendahului 2-0 di awal permainan sebelum Tammy Abraham mengurangkan defisit jaringan, pada minit ke-55, dengan pelawat masih lagi berusaha untuk memastikan kemenangan. 

Kelebihan mereka itu mula diancam namun De Gea membuktikan kredibilitinya masih lagi berada di tahap terbaik apabila menafikan dua percubaan Mlan.

Pengulas bertugas bagi perlawanan tersebut, Paul Dempsey, sempat memuji De Gea, dia berkata, "Perjalanan dia masih belum berakhir, kariernya masih panjang."

De Gea mengharungi satu musim tanpa aksi profesional usai dilepaskan Manchester United oleh bekas pengurus, Erik ten Hag, kemudian membawa masuk Andre Onana.

De Gea kemudian dipinang Fiorentina untuk beraksi di Serie A, di mana dia mempamerkan aksi-aksi terbaik dengan telah dikaitkan semula untuk kembali ke United di bawah pimpinan Ruben Amorim.

Malang buat Fiorentina, mereka dibolosi menerusi gol penyamaan Luka Jovic. Keputusan itu meletakkan Milan di tangga kesembilan, empat mata di belakang Fiorentina yang menghuni tangga kelapan.
 

Advertisement

Must Watch Video