Skip to main content

Bola Sepak

Kaoru Mitoma hampir ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mitoma.jpg
Pemain bintang Jepun dan Brighton & Hove Albion, Kaoru Mitoma hampir mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak professional selepas diterjah keras tonggak pertahanan Sheffield United, Mason Holgate dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Terjahan ala Kungfu pada minit ke-11 perlawanan itu menyaksikan Holgate terpaksa meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Stuart Artwell meskipun pada awalnya pemain berusia 26 tahun itu hanya diberikan kad kuning.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Bramall Lane itu, skuad kendalian Roberto De Zerbi menang selesa dengan keputusan 5-0 sekaligus huni kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris sementara Mitoma dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Untuk rekod, kemenangan ke atas Sheffield United itu merupakan kemenangan ke-10 buat ‘The Seagulls’.

Advertisement

Must Watch Video