Skip to main content

Bola Sepak

Kane tetap akan sertai sesi latihan Spurs -- Nuno

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane.jpg
Harry Kane tetap akan menyertai sesi latihan pasukan utama Tottenham menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolves hujung minggu ini walaupun terdapat keraguan mengenai masa depannya, kata pengurus pasukan itu, Nuno Espirito Santo.

Kane dilaporkan mahu meninggalkan kelab itu bagi menyertai pasukan juara bertahan EPL, Manchester City, dan penyerang bintang itu tidak terlibat ketika Tottenham tewas 0-1 kepada Pacos de Ferreira  dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Liga Persidangan Europa (UECL) awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan England itu kekal di negaranya bagi membina kecergasan dan ketua jurulatih, Nuno, mengesahkan Kane akan menyertai sesi latihan pasukan utama mereka hari ini menjelang perlawanan menentang Wolves itu.

"Dia berlatih hari ini (semalam). Dia berlatih dengan pemain yang berada di England," kata Nuno.

"Dia berlatih dengan baik dan akan berlatih esok dan apabila kami pulang, dia akan menyertai semua pemain lain dan akan bekerjasama sebagai satu pasukan. Harry tidak terkecuali."
   

Advertisement

Must Watch Video