Tempoh pemulihan Harry Kane mungkin lebih pendek daripada perkiraan awal apabila Jose Mourinho membayangkan penggempur handalannya itu mampu kembali tepat waktunya sempena kunjungan ke Manchester City minggu depan.
Kane tercedera di kedua-dua pergelangan kakinya dalam kekalahan 1-3 kepada Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), akhir bulan lalu, dan pada awalnya dijangka perlu berehat "beberapa minggu".
Dia terlepas kekalahan 0-1 di Brighton & Hove Albion, hujung minggu lalu, selain ketiadaan kelibatnya apabila skuad Chelsea bimbingan Thomas Tuchel mengunjungi Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi esok, termasuk ketika mereka menjadi tuan rumah kepada West Brom, hujung minggu ini.
Begitupun, Spurs yang dijadual berdepan Everton dalam Piala FA minggu depan dan perlawanan mendebarkan di City tiga hari kemudian, Mourinho berpendapat ketua pasukan England itu mungkin akan terlibat dalam salah satu perlawanan terbabit.
Ia akan tonik terbaik buat kelab London utara itu selepas hanya menang 34.8 peratus dalam 23 perlawanan ketika Kane terlepas aksi awal kempen lalu jika dibandingkan dengan kehadirannya yang mampu meningkatkan kejayaan pasukannya di atas padang kepada 52.4 peratus.
"Dia menunjukkan kemajuan yang baik, dia gembira dengan perkembangannyua dan tentu saja kami juga gembira," kata Mourinho dalam sidang media sebelum perlawanan.
"Saya tidak begitu optimis untuk mengatakan bahawa minggu depan dia akan beraksi, itu hanya didorong oleh perkembangan yang positifnya.
"Jadi, kami gembira.
"Kami pada awalnya cukup khuatir tetapi minggu depan kami akan menentang Everton dan City pada hujung minggu. Saya percaya untuk salah satu perlawanan ini dia mamou kembali."

?️ Jose on @HKane:
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 3, 2021
"He's happy with his progress and of course we're happy too. Next week, we play Everton midweek then Man City - I believe for one of these matches he should be back."#THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/lXZlHjBrPT