Skip to main content

Bola Sepak

Kane gembira ledak gol kemenangan Spurs di White Hart Lane

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

15517harry-kane.jpg
TOTTENHAM HOTSPUR 2 MANCHESTER UNITED 1

Harry Kane teruja untuk mengucapkan selamat tinggal kepada White Hart Lane dengan menjaringkan gol kemenangan Tottenham 2-1 ke atas Manchester United, semalam.


Kane menyempurnakan hantaran Christian Eriksen untuk memberikan kelebihan kepada Spurs yang mendahului perlawanan menerusi tandukkan Victor Wanyama dalam separuh masa pertama.

Pasukan pelawat pulang dengan satu gol hasil jaringan kapten pasukan, Wayne Rooney.

Tottenham memastikan mereka bakal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kedua serta tidak tewas di laman sendiri sepanjang musim.

Dan Kane gembira kerana menjadi pemain terakhir yang menjaringkan gol kemenangan Spurs di White Hart Lane dan gol pertamanya berdepan United.

"Ia merupakan pengakhiran yang terbaik," kata Kane. 

"Kami mahu memenangi perlawanan terakhir di White Hart Lane."

Menamatkan saingan di tangga kedua memperbaiki pencapaian Spurs musim lalu (tempat ketiga), dan Kane percaya skuad pimpinan Mauricio Pochettino itu mampu menghasilkan sesuatu musim hadapan.

"Jika anda lihat perbandingan musim lalu dan kami tidak tewas di laman sendiri, prestasi Spurs semakin meningkat. 

"Sejujurnya kami kecewa kerana gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris, kami berharap dapat mengekalkan momentum ini untuk musim hadapan."

Advertisement

Must Watch Video