Pemain bintang England dan Tottenham, Harry Kane menggunakan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai motivasi diri dalam memburu takhta pemain terbaik dunia, menurut Gareth Southgate.
Kane meledak gol ke-10 di pentas antarabangsa sejak membuat penampilan sulung dua tahun lalu selepas menyumbat dua gol ketika membantu England mengatasi Malta 4-0 dalam kelayakan Piala Dunia, Jumaat lalu.
Penyerang berusia 24 tahun itu telah meledak 125 gol buat kelab dan negaranya setelah memenangi anugerah Kasut Emas dua musim berturut-turut.
Pengurus England, Southgate, berkata Kane bertekad untuk menyamai tahap Ronaldo dan Messi, yang telah mengutip sejumlah sembilan anugerah Ballon d'Or.
"Saya ada berbincang dengan pengendali Sepanyol, Julen Lopetegui, dalam satu perlawanan di mana dia berkata saya bernasib baik memililki Harry," kata Southgate.
"Dia sentiasa mengambil tahu berapa banyak gol yang telah dijaringkan Ronaldo dan Messi. Dia mahu menjadi pemain terbaik dunia.
"Saya percaya dengan Harry. Saya sudah bekerjasama dengannya untuk tempoh lama sejak daripada skuad bawah 21 tahun lagi. Kita sedang bercakap tentang seorang pemain yang baru berusia 24 tahun.
"Alan Shearer berusia 25-26 tahun apabila dia muncul penjaring terbanyak dalam Kejohanan Eropah 1996. Harry masih di peringkat awal dalam kariernya tetapi muncul penjaring terbanyak dalam dua musim berturut-turut merupakan satu permulaan yang baik."