Skip to main content

Bola Sepak

'Kamu main bola bukan bagus sangat pun'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khabib.jpg
Pempengaruh terkenal Youtube, IShowSpeed, berkongsikan pandangannya mengenai bekas jaguh UFC, Khabib Nurmagomedov, yang pada pandangannya tidak terlalu bagus dalam sukan bola sepak.

Mereka berdua terlibat dalam wawancara yang tular selepas perlawanan final l Liga Konferens Eropah  antara Chelsea dan Real Betis.

Ketika ditanyakan adakah Khabib mampu menyaingi Speed dalam pertatungan mahupun perlumbaan, dia menjelaskan: "Saya akan bercakap jujur dan merendah diri, saya rasa dia lebih bagus berlari tetapi IQ dalam bola sepak saya lebih baik,' kata Khabib.



 
@cbssportsgolazo Walking a fine line there ?#speed #ishowspeed #khabib #khabibnurmagomedov #championsleague #ucl #ucltoday #psg #parissaintgermain #inter ♬ original sound - CBS Sports Golazo



Tanpa menunggu lama, IShowSpeed terus mencelah dan berkongsi pandangannya: "Sebentar, saya pernah melihat kamu (Khabib) bermain bola sepak, ia tidak bagus pun secara jujurnya. Teknik saya lebih baik." ujarnya.

"Jangan lupa antara kita tiada apa-apa sekarang, kita sangat rapat dan anda dalam dunia saya sekarang." tambahnya lagi dengan nada gurauan.
 

Advertisement

Must Watch Video