Skip to main content

Bola Sepak

Kami tetap jaga nama baik Felda United sampai habis musim ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

felda-united.jpg
Nidzam Jamil terkejut tetapi dalam masa pasrah dengan keputusan pengurusan Felda United untuk menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan.

Sebagai jurulatih dan pemain profesional, mereka perlu akur dengan keputusan itu sambil beriktar untuk memastikan pasukannya terus mempamerkan aksi terbaik bagi baki saingan musim ini. 

Dia runsing memikirkan nasib pemain-pemain muda kerana pada tanggapannya, kelab Liga Super itu sudah bersedia mengetengahkan lebih ramai kudrat pemain yang berlatarbelakangkan Felda, seterusnya mencapai misi penubuhan mereka. 

"Saya berasa terkejut kerana pemain-pemain di peringkat akademi, Piala Belia dan Piala Presiden adalah 100 peratus dianggotai anak-anak Felda sementara hampir 60 peratus tonggak skuad Liga Super diwakili pemain dari gagasan Felda sendiri.

"Kelab ini merupakan pelantar buat anak-anak Felda. Pengurusan berasakan bola sepak bukan kepentingan mereka lagi jadi apa yang saya khuatiri ke manakah hala tuju pemain-pemain muda ini. 

"Inilah kehidupan, ada sedikitt cabaran dan kami perlu terima dengan hati terbuka," katanya dalam temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Halizah Hamzah, di ibu kota hari ini. 

Nidzam Jamil terkejut tetapi dalam masa pasrah dengan keputusan pengurusan Felda United untuk menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan.

Walaupun sudah mengetahui masa depan mereka bersama The Fighters, Nidzam tidak rela anak buahnya mengendurkan semangat juang masing-masing selagi perjuangan musim ini belum selesai. 

"Sudah tentu apabila mendapat berita ini semalam, fikiran kami agak terganggu. 

"Bermacam-macam perkara bermain di fikiran sebelum pemain menjalani latihan. 

"Tetapi saya katakan kepada mereka, inilah perjalanan kelab sekarang, kami bukan pembuat dasar dan kami cuma bahagian sokongan. Jadi apabila sistem itu tidak mahu lagi berjalan, 
(secara automatiknya) kami sendiri tidak lagi berfungsi. Tetapi kami tetap kena teruskan sistem ini hingga selesai kontrak, ikhlas dan bersikap profesional untuk mengakhiri kontrak dengan memberikan 100 peratus (komitmen) kepada kelab.

"Ia masih lagi dan itu tidak akan berubah sehingga hujung (musim ini). 

"Saya bukan hanya datang sini untuk memenuhi jawatan, saya di sini kerana mahu memberi aspirasi berdasarkan pengetahuan yang saya ada dalam bola sepak.

"Saya rasa tidak adil (mentang-mentanglah) kelab akan ditutup maka kami akan tutup kedai. 

"Saya berikan jaminan kepada pengurusan lama dan baru walaupun peluang untuk kekal hanya 50 peratus peluang, kami akan terus berjuang seperti yang dibuktikan musim lalu. 

"Pasti ada yang patah hati. Inilah bola sepak, seperti yang kita tahu dari kecil. Kami bukannya tukang masak, kontraktor buat rumah, guru di sekolah  tetapi kami adalah pemain bola sepak. 

"Kami perlu curahkan yang terbaik di atas padang," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video