Skip to main content

Bola Sepak

Kami terkejut dengan keputusan Luis Enrique -- Rakitic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rakitic-barcelona-squad-shocked-by-luis-enrique-decision.jpg

Ivan Rakitic berkata keputusan Luis Enrique untuk mengundurkan diri daripada Barcelona mengejutkan setiap pemain kelab itu.

Jurulatih itu mengumumkan selepas kemenangan 6-1 ke atas Sporting Gijon awal pagi tadi bahawa dia tidak akan terus memperbaharui kontraknya yang akan berakhir pada Jun.

"Luis Enrique memberitahu kami terlebih dahulu keputusannya," kata Rakitic kepada media.

"Dia memasuki biliki persalinan dan memberitahu kami bahawa dia akan meninggalkan pasukan ini. Kami semua terkejut. Kami tidak tahu-menahu.

"Saya terkilan kerana saya menjangkakan sebaliknya. Bagaimanapun, kami semua menerima keputusannya dengan hati terbuka.

"Kami mahu dia memperoleh kejayaan dalam musim terakhirnya."

Rakitic menambah: "Keputusan sudah jelas. Kami bersama-sama Luis Enrique dalam merebut kejuaraan musim ini."

Advertisement

Must Watch Video