Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kami telah membuat tawaran untuk Keita -- Marotta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

keita-cropped_1vmvg2kx9fper12k8wrpm1yl4m-(1).jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta, mengesahkan pihaknya telah membuat tawaran bagi mendapatkan pemain bintang Lazio, Keita Balde Diao, dan mengakui turut berminat mendapatkan pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Blaise Matuidi.

Sebelum ini, Keita sering dikaitkan dengan perpindahan ke Inter, namun Juventus dilihat bakal menjadi persinggahan terbaru buat pemain berusia 22 tahun itu.

Pemain antarabangsa Senegal itu menikmati musim lalu yang mantap apabila menyumbang 16 gol dalam saingan Serie A.

"Kami telah membuat tawaran kepada Presiden Lazio, Claudio Lotito, bagi mendapatkan Keita," Marotta bercakap kepada Mediaset Premium.

"Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku."

Sementara itu, Matuidi turut dikatakan hampir meninggalkan Parc des Princes dan bakal ke Turin.

"Dia antara calon utama kerana kami mahu mendapatkan pemain tengah yang berpengalaman."

Difahamkan, pemain tengah Liverpool, Emre Can, turut menjadi sasaran Bianconeri sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video