Skip to main content

Bola Sepak

Kami mesti balas dendam -- Amaran jurulatih Selangor buat Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

katushitpo.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menekankan bahawa tiada 'perlawanan yang sempurna dalam bola sepak' selepas pasukannya menewaskan Malaysian University (MUFT) 9-0 dalam kempen Piala FA malam tadi.

Jurulatih berusia 60 tahun itu optimis masih banyak aspek yang perlu diperbaiki selain memuji mentaliti kemenangan yang dipamerkan pasukannya ketika ini usai mara ke peringkat suku akhir.

"Saya sangat gembira dengan prestasi pemain, mereka ada mentaliti yang kuat untuk menang. Saya beritahu mereka untuk tunjukkan bagaimana kita bermain.





"Tidak mengira siapa pihak lawan, mereka berjaya pamerkan. Saya boleh lihat mentaliti mereka lebih baik daripada jumlah jaringan.

Ketika ditanya mengenai pasukannya yang akan berdepan Negeri Sembilan di peringkat suku akhir nanti, dia berkongsikan: "Kami mesti balas dendam kepada mereka.

"Kami juga mempunyai dua perlawanan minggu ini, jadi perlu fokus aksi seterusnya. Mentaliti dan kesilapan mudah, tiada aksi sempurna dalam bola sepak. Selepas berehat esok kami perlu terus berjuang." tambahnya.


 


Untuk rekod, Selangor tewas tipis 1-2 kepada skuad Jang dalam aksi Liga Super 2025/26 bulan lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video