Skip to main content

Bola Sepak

Kami mahu kalahkan Tok Gajah di gelanggang sendiri -- Qayyum

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qayyum-kelantan-070417_1.jpg
Bintang muda skuad Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, menyifatkan rehat panjang tidak akan mengganggu persembahan The Red Warriors (TRW), sebaliknya mereka semakin bersemangat untuk terus memburu kemenangan dalam aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, malam esok.

“Tidak menjadi masalah kerana sepanjang proses itu kami mengadakan perlawanan persahabatan (menentang PDRM dan Kuala Lumpur) di Lembah Kelang untuk meningkatkan lagi persefahaman pasukan.

“Satu perlawanan yang sukar malam esok (menentang Pahang) tetapi saya yakin ketua jurulatih, Zahasmi Ismail, sudah mempunyai strategi terbaik untuk menjinakkan Tok Gajah di gelanggang sendiri, sekaligus mendapatkan tiga mata,” katanya.

Mohd Qayyum yang juga bekas ketua pasukan Piala Presiden Kelantan percaya isu gaji yang sudah diselesaikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pasti melonjakkan semangat pemain untuk meneruskan rentak kemenangan di gelanggang sendiri.

“Alhamdulillah, tepat pada masanya apabila isu gaji berjaya diselesaikan KAFA dan semua pemain berada dalam moral yang tinggi untuk terus mencipta kemenangan. 

“Lagipun, beraksi di gelanggang keramat TRW, kami berjanji akan memberikan aksi terbaik di hadapan penyokong setia dan doakan tiga mata menjadi milik kami,” katanya lagi. 

Kelantan akan turun dalam aksi Liga Super bertemu skuad kendalian Dollah Salleh yang mendapat suntikan moral terbaik selepas mengejutkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA.

Kelantan pasti mempertaruhkan kehebatan penyerang importnya, Mohammed Ghaddar, untuk terus menjadi mesin pemusnah dalam usaha memungut mata penuh dan mendaki carta Liga Super.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video