Skip to main content

Bola Sepak

Kami cukup dihormati ketika itu -- Bekas import Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Kedah yang dahulu bukanlah yang sekarang.

Bekas import Kedah yang pernah memenangi gelaran Piala Malaysia, Sandro Mendonca, meninggalkan komen yang sangat mendalam terhadap kenangan yang pernah diraihnya ketika mewakili pasukan itu sekitar 2015 sehingga 2018.

Terdahulu, legenda Sang Kenari, Khairul Hekmi Johari, memuat naik satu hantaran mengimbas kembali zaman kegemilangan kelab utara tanah air itu yang dibarisi lapisan pemain yang cukup hebat dan berpengalaman termasuk Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi.

Momen tersebut mendapat perhatian peminat tempatan yang sudah semestinya menginginkan pencapaian gemilang tersebut berulang kembali. 




"Legenda sebenar! 

"Masa berlalu dengan pantas. Kita sangat dihormati ketika itu, rindu anda semua!," balas Sandro.

Berbaki dua perlawanan Liga Super, Kedah masih dilanda pelbagai cabaran getir khususnya masalah kewangan yang semakin meruncing.

Khabar angin tentang penarikan diri bertanding dalam kancah tertinggi bola sepak negara itu masih menjadi tanda tanya, namun penyokong tetap mendoakan supaya Kedah kembali stabil dan bersaing bersama pasukan handalan lain.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video