Skip to main content

Bola Sepak

Kami beri PSG keyakinan sebelum bertemu Madrid -- Dijon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adrienrabiot-cropped_1hg9ihtzthmvy1ngk7mudrvkpr.jpg
Dijon melihat sisi lucu komen daripada Adrien Rabiot selepas pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) itu mengeluh kekalahan pasukannya di tangan Real Madrid dengan menonjolkan lapan gol diperoleh mereka.

Gergasi Ligue 1, PSG, membawa harapan besar ke Santiago Bernabeu tetapi meninggalkan ibu kota Sepanyol dengan kekalahan 3-1 dalam aksi pembukaan pusingan 16 menentang penyandang juara Liga Juara-Juara Eropah itu, awal pagi tadi.

Rabiot, yang membuka jaringan pada minit ke-33 sebelum Cristiano Ronaldo mencetus kebangkitan Madrid, berkata kepada SPORTS: "Sangat bagus meletakkan lapan gol melepasi Dijon tetapi perlawanan seperti inilah yang kami perlu ambil kira."

Bintang PSG, Neymar, menjaringkan empat gol dalam kemenangan besar di Dijon dalam Ligue 1 pada bulan lalu.

Dan Dijon memberi respons kepada Rabiot menerusi Twitter, berbunyi: "Kami melakukan segala-galanya untuk memberikan PSG keyakinan sebelum mereka menentang Real Madrid ... Dan begini cara mereka mengucapkan terima kasih kepada kami!"

PSG -- berkelebihan 12 mata dalam liga -- akan menerima kunjungan Madrid di Parc des Princes pada 6 Mac nanti apabila mereka mahu melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video