JUVENTUS 2 MONACO 1
(Juve mara ke final dengan agregat 4-1)
Radamel Falcao mahu Monaco memperbaiki pencapaian mereka mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim ini selepas dikecewakan oleh Juventus.
Gonzalo Higuain memberikan kelebihan buat Juve dengan dua gol dalam separuh akhir pertama minggu lalu dan Mario Mandzukic serta Dani Alves berjaya meledak gol dalam aksi yang berlangsung di Stadium Juventus, awal pagi tadi.
Kylian Mbappe menjadi pemain termuda untuk menjaringkan gol dalam sejarah separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) buat Monaco, namun ia terlalu lewat untuk menghasilkan kebangkitan.
Mbappe, yang merupakan antara pemain muda yang menyerlah musim ini bersama Monaco, termasuk Bernardo Silva, Thomas Lemar dan Tiemoue Bakayoko, kini dalam landasan terbaik untuk menjuarai Ligue 1.
Falcao menyifatkan pencapaian mereka musim ini mampu menjadi batu loncatan serta penanda aras untuk mengulangi pencapaian mereka musim hadapan.
"Juventus telah memberikan yang terbaik dan menyempurnakan peluang mereka," kata Falcao.
"Sentuhan penyudah kami gagal menghasilkan gol, kami telah berjuang dengan baik sepanjang musim buat Monaco dan bola sepak Perancis dan berharap mampu mempamerkan aksi yang lebih cemerlang musim hadapan."