Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner melaungkan dengan penuh yakin bahawa pasukannya akan melangkah ke Final Piala Malaysia.
Steinbruckner berkata demikian kepada Astro Arena pada sidang media pada Khamis menjelang aksi separuh akhir kedua menentang KL City Jumaat ini.
Jurulatih berasal dari Croatia itu berkata dia menjangkakan perlawanan sengit dengan KL City.
"Saya menjangkakan perlawanan yang sengit menentang pasukan yang kuat. Apatah lagi KL City melakukan persediaan yang cukup rapi,' kata Steinbruckner. "Mungkin KL City akan bermain agresif...Tetapi saya yakin dengan kemampuan pasukan saya dan saya percaya dengan keupayaan mereka.
"Saya yakin bahawa kami akan melangkah ke final."
Terengganu membawa bekalan tipis selepas menang 2-1 ke atas KL City dalam perlawanan separuh akhir pertama pada 21 Oktober lalu.
Mengenai persediaan pasukan, Steinbruckner akui berdepan beberepa kecederaan kecil kepada Omid Nazari (Tengah), Shahrul Nizam (pertahanan) serta Nur Hakim Hassan (penyerang) tetapi tidak serius dan dapat diturunkan.
Cuma pemain tengah Nurillo Tukhtasinov yang tidak akan beraksi kerana menjalani penggantungan kad kuning.
"Walaupun Nurillo tidak dapat beraksi tetapi saya kami mempunyai pemain lain yang mampu mengisi kosongan itu. Tetapi saya corak taktikal yang akan digunakan dan sudah tentu esok perlawanan yang cukup penting," katanya.