Skip to main content

Bola Sepak

Kamal Azizi waspada kelibat tonggak MU

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kamal-azizi.jpg
Bek kanan Terengganu FC (TFC), Mohd Kamal Azizi Zabri, memberi amaran kepada rakan-sepasukannya agar bekerja keras serta fokus ketika menghadapi Melaka United, malam ini.

Bekas tonggak T-Team itu berkata dengan diperkuatkan pemain berkualiti, Melaka telah membuktikan dalam lima aksi Liga Super bahawa mereka antara pasukan pilihan.

Tugas selaku pertahanan kini sedia dipikul Kamal Azizi yang akan ditugaskan mengawal rapi pemain sayap, Nazrin Nawi, R. Gopinathan dan Patrick Reichelt.

"Selain mereka, pergerakan Anselmo Arruda da Silva (Casagrande) dan Liridon (Krasniqi) juga perlu diberi perhatian semua pemain TFC.

"Jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim) pasti ada strategi tersendiri dan saya yakin jika kami fokus 100 peratus, kami boleh kutip tiga mata di tempat sendiri," jelasnya.

Sementara itu, Kamal Azizi, 25, turut mencari peluang menambah koleksi gol walaupun bergelar pemain pertahanan, seterusnya membantu kemenangan TFC.

Sasaran itu bukan bersifat peribadi, sebaliknya membalas kepercayaan Irfan serta mengukuhkan kedudukan selaku aset utama dalam pasukan.

"Tidak semestinya sebagai pertahanan, tugasnya bertahan sahaja. Jika ada peluang untuk jaringkan gol, maka saya akan cuba," kata Kamal Azizi yang menjaringkan satu gol setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video